Asal-Usul Keluarganya:
Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin
atau apajua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan
ajalnya “MinalMunzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh
Allah swt ke ataslangit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau
nantinya turun semula keatas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di
kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Iblis yg di
tangguhkan kematiannya sehinggakiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh
burung.Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak
dagingnya. MenurutImam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya ialahseorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq”
manakala ibunya adalah daribangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman
as dan mempunyai hubungan denganmakhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman
ia akhirnya ditangkap dan dimasukkanke dalam penjara. Walau bagaimanapun
kelahiran dan kehidupan masa keciltidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya:
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal
ialah orang yang buta matanyasebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya
serta dia mempunyai Syurga danNeraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan
Syurganya pula ialah Neraka(Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullahsaw, diantaranya:
Seorang yg kelihatannya masih muda;Berbadan Besar dan agak
kemerah-merahan;Rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang
seolah-olah dahankayu yg rimbun.
Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut,manakala
mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-keliplaksana
bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.Kedua: Tertulis didahinya
tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapatdibaca oleh setiap org
Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.Mengikut hadis riwayat
At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diriDajjal setelah ia
mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tandayg terakhir
ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang:
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dlm kitab “Shahih Muslim”,
bahawaDajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah
pulau danditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”.
Terdapat hadis mengenainya.. (tetapi terlalu panjang utk ditulis..
andaboleh membaca terus dari buku). Daripada Hadis ini jelaslah bagi
kita bahawaDajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh
Allah swt utkkeluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat
“transitnya” itu ialah disebelah Timur bukan di Barat.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini,
selamaempat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama
dgnsetahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan
satuminggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa.
Jadikeseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14
bulan dan14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di
mukabumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh
hari. Hariyg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan
dan hariketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi
(iaitu 37hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.Lalu kami bertanya
lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang sepertisetahun itu,
apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5waktu
sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itudgn
menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud Sabdaan Rasulullah saw, ini ialah supaya kita mengira jam yg
berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti
biasanya kitalakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas
sembahyang Subuh pada hariitu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka
hendaklah kita sembahyangZohor, dan apabila ia telah berlalu selepas
sembahyang Zohor itu tiga jamsetengah misalnya, maka masuklah waktu
Asar, maka wajib kita sembahyang AsarBegitulah seterusnya waktu
Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnyahingga habis hari yg
panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun danbilangan sembahyang
pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahunyg kita lakukan.
Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal:
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh
keranaitu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa.
Di antarakemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda
beku akanmematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji
dahulu oleh Allah dgnkemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada
tahun pertama hujan akankurang sepertiga dari biasa dan pada tahun
kedua akan kurang 2/3 dari biasadan tahun ketiga hujan tidak akan turun
langsung. Umat akan dilandakebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal
akan muncul membawa ujian. Makadaerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan,
ia akan berkata pada awan: Hujanlahkamu di daerah ini! Lalu hujan pun
turunlah dan bumi menjadi subur. Begitujuga ekonomi, perdagangan akan
menjadi makmur dan stabil pada org ygbersekutu dgn Dajjal. Manakala
penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal..mereka akan tetap berada
dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkanpenyokong Dajjal akan memiliki segunung roti
(makanan) sedangkan org ygtidak percaya dengannya berada dalam kelaparan
dan kebuluran.
Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg
dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahaiRasulullah?”Nabi
menjawab:”Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir,
bertasbih danbertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan
makanan.” H.R IbnuMajah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga
danneraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan
menggunakankedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat
yg benar adalahsebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga
itu sebenarnya Nerakadan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan org dahulu.
Kalauhari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti
kepantasanjet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih
pantas lagidaripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer
dapat ditempuhdalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah!
Bagaimana kepantasan perjalanannya diatas muka bumi ini?Nabi
menjawab:”Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist”
(hujan atauawan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” H.R Muslim
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat
Islamiaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan,
inilahmasa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam
a.s.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar